Bulan Rabiul Akhir 2016

Wednesday, December 30th, 2015 - Hijriah
Advertisement

Bulan Rabiul Akhir 2016 – Sahabat Sekalian pada kesempatan kali ini Ceramah Pidato akan share artikel mengenai Bulan Rabiul Akhir, Bulan ini merupakan penanggalan Hijriah, didahului oleh Bulan Rabiul Awal dan mendahului Bulan Jumadil Awal. Rabiul Akhir (ربيع الآخر, ) adalah bulan keempat dalam penanggalan hijriyah. Kapan Bulan Rabiul Akhir tahun 2016 ??. Rabiul Akhir 2016 bertepatan dengan 11 Januari – 9 Februari 2016.

Jika Rabiul awal berarti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiul akhir pula artinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.

rabiul akhir

Peristiwa di Bulan Rabiul Akhir

Dalam catatan sejarah banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rabiul Akhir,  di antaranya adalah:-

  1. Pada bulan ini, Allah telah menurunkan kepada Nabi Muhammad surah Al-Hasyar yang bermaksud pengusiran.
  2. Rasulullah menghantar perutusan kepada kaum Yahudi Bani An Nadhir supaya keluar dari Madinah kerana mengingkari perjanjian damai bersama baginda.
  3. Pengusiran ke atas kaum Yahudi Bani An Nadhir dari Madinah kerana kezaliman yang dilakukan mereka pada tahun 3 Hijrah, sehingga terjadinya Peperangan Najran.
  4. Terdapat beberapa peperangan lain yang dicatat berlaku di bulan Rabiul Akhir di antaranya adalah Peperangan Al-Ghabah atau Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.
  5. Peperangan Al Ghabah atau Zi Qarad di bawah pimpinan Nabi  bagi memburu ‘Uyainah bin Hisn dan 40 orang pembantunya yang telah menyerang dan merampas binatang ternakan penduduk pinggir kota Madianah. Tentera Islam dapat mengejar mereka dan membunuh 4 orang daripada mereka manakala yang lain dapat melarikan diri dan meninggalkan binatang ternakan yang telah dirampas tadi.
  6. Pengepungan Kota Damsyik (Syam) selama 70 malam diketuai oleh Abu ‘Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a pada tahun 14 Hijrah (635 Masihi) di zaman Pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang akhirnya membawa kepada pembukaan Damsyik.
  7. Saidina Abu Bakar As-Siddiq wafat pada pada tahun 634 Masihi selepas 2 tahun menjadi khalifah. Berikutan itu Sayidina Umar Al-Khattab r.a telah di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.
  8. Tahun fitnah di mana Sayidina Aisyah r.a telah terheret dalam kancah peperangan di antara pasukan Khalifah Ali ibn Abi Talib (sepupu dan menantu dari Nabi Muhammad) menentang Bani Umaiyyah. Peperangan Jamal atau perang unta adalah perang yang terjadi di Basra, Iraq pada tahun 656 masehi.
  9. Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid di antaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.

Kalender Rabiul Akhir

kalender rabiul akhir

Keutamaan Bulan Rabiul Akhir

Rabiul Akhir adalah bulan ke empat pada tahun hijriah. RABIUL AKHIR juga dikenal sebagai RABIUL TSANI yang berarti musim bunga yang kedua.

Amalan di Bulan Rabiul Akhir

Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan dan disarankan oleh Rasulullah sepanjang tahun adalah :

  • Solat berjemaah, terutama solat fardhu di masjid atau surau setempat.
  • Membaca dan berusaha memahami Al-Qur’an
  • Menghayati dan memperbanyakkan : a)      Zikir – tahlil, tahmid dan takbir. b)      Istighfar  dan taubat c)      Selawat ke atas Rasulullah
  • Qiamullail iaitu bangkit beribadat di waktu malam.
  • Mendirikan solat-solat sunat seperti: a)      Solat Sunat Fajar b)      Solat Sunat Dhuha c)      Solat Sunat Rawatib d)     Solat Sunat Tahajjud e)      Solat Sunat Witir
  • Memperbanyak dan membiasakan bersedekah
  • Berpuasa sunat, terutamanya  pada hari-hari Isnin dan Khamis
  • Menjaga pancaindera dan anggota badan daripada melakukan kemaksiatan.[cp]

Tags:

khutbah jum\at bulan rabiul akhir 1435 h, khutbah jumat bulan rabiul akhir 1435 h, jumadil akhir 2016 jatuh pada bulan apa, bulan rajab 2016 jatuh pada tanggal, kapan bulan nisfu syaban, kumpulan judul pidato bulan jumadil awal, pidato bulan robiul ula, materi ceramah bulan jumadil awal, bulan jumadil akhir tahun 2016, khutbah jumat rabiul awal 2016
Advertisement
Bulan Rabiul Akhir 2016 | admin | 4.5
Leave a Reply